Wednesday, December 31, 2008

MSG new year

HAPPY NEW YEAR EVERYBODY!!!!

Tahun 2009 sudah pun menjelma dengan gembiranya.. tak sangka pantas sungguh masa berlalu sampai tak puas lagi nak bergembira, gedix gedix serta melompat melompat ketika umo 18taun..
huuuu sungguh tragis..
walaubagaimanapun..harap harap 2009 membawa kebahagian dan baik baik semuanya..

semalam saya ada terima beberapa sms new year yang best best serta mengusik hatiku.wahh!!
kalau ada anugerah sms terbaik..akan saya bagi kepada mereka mereka ini ----->

Iman
"Hola my babes, epy new year,u are the best buddy i ever had, u are there when i'm happy,sad n cry.. thankful to God for givin me a sweetest frenz like u. May 2009 make us closer n the best year for u. muahx. Luv u damn much."
reply : I luv u too babes. tq for being the most wonderful fren in my days.

Hayat
"Year come and go but 2008 mean a lot coz u guys pleased my life to the fullest. Love u all damn much. thx and hapy new year 2009!"
reply : You too lighten my days and i'm very happy knowing u guys too

Fitri
"Have a great year next year. May new year brings more happnes to u. Tq for being such a wonderful fren. salam~"
reply : honestly, u're a great frenz and make my days happy. (pujian terakhir tahun ni. tahun depan kutuk balik heeee)
fitri replied : "haha. u too. Great pwen. (pujian x eklas) hakhak. kidding."

Syafiq
"aimaaannn... studying law is soooo damn boring!! wawawawa i misss uuu sooo much like old time. do u miss me? heeeee. happy new year!! I wish u're wif me here. cuti nanti tak kira nak balek jugakkk!!! kamuu tunggu aku ye..hakhak"
reply : haha. dulu aku suruh jgn pergi..nak pergi jugak. padan muka. happy new year to u too. semestinya aku tunggu sebab kamu janji nak belanja.wakaka!

ramai lagi yg bagi msg. ada yang touching touching dan ada jugak yang steriotype- main passing passing msg.heee.

Tika fadhil pula sempat berborak borak di telefon dan bergelak guling guling sampai sakit perotku..

saya sungguh bahagia!!!

soo..
happy new year in 2009!!!
sama sama kita perbaiki kelemahan yg ada..
:)


Tuesday, December 23, 2008

tembam!! hehe

salam...

aduuuhhhhh!!!!!

cuti amat lah menyeksakan!!!!!

hehe..tidak tiddakk!! saya tak benci cuti..saya sangat suka cuti..boleh bangun tido lambat.. boleh tengak tv sambil makan breakfast.. boleh main main komputer sepanjang hari.. boleh tido lambat..

Yahh!! saya sangat appreciate cutii

tapiiii...
cuti amat menyeksakan... bilaaa...
bab makan dan naik berat badan!!!!

tidaaaakkkkk!!!!!

aiman sudah naik beberapa kilo!!
saya sudahh gumuk!!

tadi baru calling Iman..dia kata dia dah tak makan nasik sebulan!!!
waaaa!! saya kalau tak makan sebulan boleh mati kut..
saya sangat suka makan..
dan malas exercise
wakaka

terima diri saya seadanya
saya tetap saya
wahh!!

Wednesday, December 17, 2008

Tag drpd adek Syazana

Ini adalah Assignment dari Adek Syazana..
dah berkurun dah dia tag tapi tadak masa nak buat.. adeii..
dan memandangkan tag kali ni memerlukan tangkap tangkap gambar, maka ada lah alasan kamera tak ada..heeee

SOALANNYA berbunyi..

+Snap Picture wallet anda sekarang
+Perkenalkan wallet anda,nama dia,kat mana beli,berapa hinggit
+Keluarkan apa yg patut,snap puas2,minimum 5 item ok
+Snap wallet bersama empunya diri
+Tag 5 kenalan anda

JAWAPANNYA begini.. heee



+Snap Picture wallet anda sekarang
yeah inilah rupa wallet saya yang sudah buruk.
heee

+Perkenalkan wallet anda, nama dia, kat mana beli dan bopa hinggit?
inilah wallet saya. nama dia [dot dot dot] saya pun tatahu.. tadak jenama pun..wallet murah daaa

saya beli ni kat Pasar Borong Man.. wakaka pecah rahsia den.
Harganya(?) belas belas kut. tak ingat dah heee..


+Keluarkan apa yang patut. Snap puas puas. Minimum 5 items
Walaupun snap tak puas tapi inilah barang barang yang menyemak walletku serta membuatkan wallet kembung..heee

Duit - benda yang paling penting
IC - kut kut la kena tahan polis.. ada la bukti saya anak M'sia..haha
Lesen - tujuan nak menayang kat org..hakhak..(kidding)
Gambar boyfren [wakaka] - ehem..perkenalkan Mr. Jun Ki
Kad librari - tatahu kenapa selalu ada dlm wallet..haha


+Snap wallet bersama empunya diri

Maaf...saya malas nak bersiap demi wallet.
Jadi memadai gamba saya yg kiut miut itu bersama wallet.. kan kan ^-^

+Tag 5 kenalan anda

orang pertama yang berbesar hati menerima tagged saya adalah...
Cik Atikah Ramlee
selain beliau..siapa siapa sahaja dijemput menjawap tagged ini..

YA YA
KAMUUUU

jangan pura pura tak nampak..
kamu di tagged!!!
terima kasih sudi singgah di blog saya..
sila jawap tag ini ya..

salam permisi

Thursday, December 11, 2008

Merepek sikit

salam...
dua tiga hari ni agak malas nak update blog..adeii
kemalasan menguasaiku~~

cuti oh cuti...
lagi 10 hari sekolah akan bukak.
seronok atau sedeh??
huh..
agak gembira sebab dah cuti panjang rasa buhsan la pulak..
tapiiii....
ada jugak sedikit sedeh sebab cuti pun best apa
heeee
I have such a complicated mind.

Jadi tumpang dok bercuti nih..
mari la kita sama sama bergembira..okeyh

anyway..saya ada blog baru..
tujuan nak pebetui english writing yang sudah tungging terbalik langgar lori!!!
soo..rajin rajinkan diri singgah di sana..

http://aimanjafre.blogspot.com/

oh..saya juga ada hutang yg belum diselesaikan..
iaitu di tagged oleh seorang sahabat blog - adek syazana..
nanti kalau kemalasan saya hilang..janji saya akan buat okeyhh

so..enjoy urself..
terutama kepada Fitri dan Hayat..
yang tetiap ari kata buring duk umah..

Just make urself happy!!!
Just like I did..
heeee

Sunday, December 7, 2008

Raya and Bufday




Assalamualaikum..
hari ini 8 December merupakan hari kebesaran seluruh umat Islam iaitu Hari raya Qurban.. atau Hari Raya Aidiladha.
Hari ini juga turut disambut oleh berjuta juta umat Islam yang berbeza bangsa dan keturunan warna kulit, adab tetapi mempunyai matlamat yang sama di kota Makkah.
Hari ini juga mengingatkan kita tentang peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim A.S yang sanggup utk mengorbankan anak kesayangannya Nabi Ismail A.S kerana perintah Allah.

Justeru.. sama samalah kita mengambil iktibar serta mengukuhkan keimanan kepada Allah S.W.T sempena hari yang penuh keberkatan ini..

Selamat menyambut Aidiladha kepada seluruh umat Islam serta pembaca yang sudi menyinggah di sini.


Hari ini juga hari lahir seorang sahabat saya yang bernama Zafira atau dipanggil Pira Piru.. Beliau yang tersengih lebar itu.. Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-18 kepada beliau.. Semoga dimurahkan rezeki. Beliau sangat becok jadi saya mendoakan agar beliau bertambah ceria menyambut hari hari mendatang.. =]




Ini pula KAD RAYA daripada seorang sahabat blog yang bernama Fateen.
Tq very much.. I really appreciate it..

Sunday, November 30, 2008

love this tagged

A Tagged from a friend..
The rules are - do not read other questions unless you answer the first one
still people love to break rules..
enjoy..

a. List your 10 best friends
1. Tika Ahmad
2. Syaziz
3. Izzat
4. Hayat
5. Tika Padelto
6. Fitri
7. Maya
8. Iman
9. Pewes
10. Fadzil

b. who is no. 2 having a relationship with?
if i ask her, the answer would definitely be her oppa!!

c. Is no. 3 a male or a female?
male and we called him Bapak

d. If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?
wahh!! why not..both are good people

e. How about no. 5 and 8?
no 5 always make me happy and no 8 cares about me more than anything in the world..I luv them both

f. What is no. 1 studying about?
ACCA ...and she can be rich in the future!! jgn lopa aku pling pling

g. Is no. 4 single?
She has no kembar..so I consider she's single

h. Say something about no. 6
he would be the first male friend i would share my problems with..

i. Do you love no. 9 ?
I love her sooo double triple infinity much!!!

j. Who do you worship most?
no 1 until 10 !!! cant imagine my life without any of them..

p/s - Fahmi, syerah, kerol, syafiq, Dayah, Nik.... if only they gave me more numbers..your name would definitely be up there..dont get upset heeee

Monday, November 24, 2008

Ligament Fractured


salam..

semalam..sedang saya duduk bersila lipat kain..
tiba-tiba..
ujan rintik rintik...
terus saya teringat!! alamak kain tak angkat!!!! 0_O
apa lagii..meloncat saya bangun tanpa disedari kaki saya kebas sebab duduk lama sangat..

PRAKK!!!


bunyi yang menggerunkan sampai hari ni saya maseh fobia ...
kaki saya ter-kepok.. terus tak boleh jalan..serta saket yang nyut-nyut

adek saya tanya " kakak tersepak pasu ka?? kuatnya bunyik.."

terus saat itu saya rasa lemah jantung, lemah semangat plus lembik satu badan bila tengak kaki saya terpusing!!
Terus naik satu benjol bulat serta biru kebiruan di kaki..dan sakit teramat sangat!!
First thing that come across my mind- PATAH???!! waaaaaa....

Saya dikejarkan ke Hospital Kulim..
dari pukul 12 sampai 4 petang.. letey saya menunggu sambil duduk atas wealchair..
lepas satu X-ray..ada lagi X-ray.. plus dicucuk di punggung.
bila masuk toilet pulak..terpaksa masuk bahagian OKU.. [ heee.. ]

akhirnya doktot panggil.. dia tunjuk filem X-ray saya..
ALHAMDULILLAH... tak patah..
lega saya..

namun begitu.. I suffered Ligament Fractured
iaitu otot yang menyambungkan tulang ke tulang kaki saya - PUTUS..
jadi sekarang kalau saya jalan..akan berbunyi tulang bergerak - prek prek
Doktor kata saya akan betul betul sembuh dalam masa 6minggu..iaitu sebulan lebey.
serta tak boleh jalan banyak dan kena pakai tongkat!!

seksanya bila saya nak bergerak sekarang..
I miss my leg~~

what a holiday

Bufday Gurl

HAPPY BIRTHDAY to Syahirah Mustafa

Beliau lahir pada 25 November 1990. Hari ini merupakan hari lahir beliau.. saya ingin mengucapkan Selamat kepada beliau.. Semoga murah rezeki , panjang umur dan sentiasa diberkati Allah S.W.T.

Semoga beliau lebih hepi dan ceria menyambut ulangtahun kelahiran beliau yang ke-18

p/s- Hadiah aku dah bagi awai taun dulu..jangan pura pura tak dapat lagii..^.^

Tuesday, November 18, 2008

buhsan

bosan lah cuti tak pergi mana mana..

dulu waktu sekolah teringat ingat..termimpi mimpi nak cuti..
bila dah cuti..keburingan pulak..
Abang janji satgik malam nak bawak tengak Madagascar 2..
tapi tak jadi la pulak sebab ujan..huu

Nak keluar dengan kawan kawan pun..tak semua yang balik lagi..
tikah padel dok camping tak abeh abeh
tika ahmad n bapak ilang entah kemana..
mayataro maseh di terengganu kut..
cekgu cekgi ada la kut kat umah..

kabel internet pun kena curik dok tak sambong sambong lagii
dah mati kutu dah
duit pon makin lesap ashik ke cc..

aiii...
baca buku je laa keja akuu..


p/s- buat pertama kalinya emang termimpi mimpi nak kembali ke sekolah... bila nak abehh cuti nih??!! tak bersyukur gila akuu..

Friday, November 14, 2008

Gud Bai bai..

FRIDAY, November 14, 2008

LAST DAY SCHOOL

Current mood - happy + sad + relieve + missing + empty + free + ' wala waka '



Hari ini last day sekolah untuk tahun 2008.. bermacam macam perasaan bermain main , menari nari serta mengganggu emosi..huh
Sangat sedih nak melangkah ke tahun peperiksaan.. Umur pun bakal meningkat..
Apapun masa tetep cemburu. Nothing we can do about it

Hari ni semua orang enjoy sakan..boleh kata tak ada sapa melekat dalam kelas. masing masing merayau ..kununnya hari terakhir lah nak merayau pun.. Ada jugak sekupulan budak India lelaki yang perasan kuat bergaduh depan kelas..tak tahu apa jadi..tetapi tetiba ada sorang ni berdarah hidung dan yang lain terus angkat kaki ..lariiii!!!

Nevertheless.. cuti sekolah adalah hari yang paling membahagiakan.. tak sabar nak bangun tidur lambat..heee. Tahun depan Exam STPM.. jadi cuti kali ni tak boleh la nak enjoy sangat sebab banyak silibus yang nak kena habiskan..

Good BYE PBI !!! will be missing u~~

p/s- tak sabar nak jumpa 10-1 siblings

UNO

Lepas exam - main main dan main~~

Exam sudah habis.. semua orang kat kelas duduk melangut jak..Dulu sebelum exam manyak sangat nak dibualkan. Sekarang..bosan. Cekgu pun dah tak masuk mengajar. Buku pun malas nak pegang. Yang tahu hanya nganga..nganga.. dan nganga.. huh..

Kerja aku sehari harian main UNO ataupun menyembang.. ataupun merayau rayau satu sekolah tanpa arah tujuan.. Pernah jugak aku dengan dua kawan - iman dan pewe.. duduk bawah pokok dan cerita cerita Hantu..huh naik seram jugak bulu roma dah la duduk bawah pokok yang besar serta berimbun rimbun..

Main UNO ni kena kesabaran serta pandai menyeimbangkan kotak kotak yang macam lego tuh. kalo tak alamat runtuh la kotak kotak tuh.. Nasib baik ada jugak kawan kawan yang rajin bawak mainan ke sekolah.. takdelah mati kutu aku kat sekolah..









Aku dengan Iman tekun giler~


runtuh sudah~~



Nevertheless, the very last week in school gave me the superb memories.. Hope our friendship stays forever..

Monday, November 10, 2008

Lega Sudah..



Yeayy!!! EXam OVEEEERRRRR !!!!

ulang suara...
exam OVERRRRR...

kepada kawan kawan yang masih pening kepala
tak boley tidor malam
serta mandi tak basah
makan pon tak lalu..
sebab tensyen dengan exam..
GUD LUCK!!

saya sudah boleh enjoy!!!

p/s - Gud Luck kepada Fahmis serta akak-akak abang-abang STPM.. ALL THE BEST!!

Sunday, November 9, 2008

KENAPAKAH ???!!!




Tak tahu apa motif saya post gambag buah oren wona wani ini..
tapi saya rasa nak post jugak jugak!!

dua tiga hari ni hati saya sangat tak seronok..
saya dah buat sesuatu yang rasa bersalah tahap gaban!!
kenapa laaahhh aku buat menda tuh!! waaaa..

Ya Allah..tolong tenangkan perasaanku..

mungkin memang betul lah ungkapan bahawa hidup ini 'warna warni'


p/s- tulun jangan tanya apakah masalahnya..biar pecah di perut, jgn pecah di mulut!!

Friday, November 7, 2008

Keciwa plus Terharu

salam..

Exam sudah sampai ke penghujungnya..lega rasa hatiku..
dah lamaaa bangat tak bukak friendster..
maka dengan rasminya semalam aku pon bukak lah..

hah!!!!
tekejut diriku.. tadak sapaa add pownn... komen pon tadak..
wuu apa sudah terjadik??!!!
kemanakah semua orang menghilang??
adeii

Lepas nih nak kena buat publicity besar besaran!!

Tertarik dengan kreativiti Syazira Othman..
maka aku pon kidnap dan post gambar ini dalam blogku..


Thank you Syaziz.. Friendship forever..I like~~

Friday, October 31, 2008

kerinduan~~

Blog ku kini berwajah baru..
saja nak menukar selera setelah sekian lama menyepikan diri..
maaf ya lama tak post apa apa dalam blog ni.. saya tengah stuggle nak habiskan final year exam. huh sekejap je dah final year..

apa apa pun..I really miss all my friends.

Ayatto-chan :: tetiap ari teringat nak call dia tapi tak sempat
Syaziz :: apa dia tengah buat sekarang?? ok ker exam dia??
Tika Padelto :: nak promote cerita SIVAJI kat dia..aku gelak gulin gulin!!
Tiko Ahmad :: lama bangat tak dengar suara dia yang merdu itu
Maya Hamtaro-chan :: kalau dia blaja subjek P.A, nak sangat sangat bincang dengan dia..
Syerahto :: ari tu dia majok ngan aku sebab aku lama tak call dia..huu
Fitri :: kemanakah dikau menghilang?? last skali sembang waktu puasa.. huu lupa dah suara dia lagu mana hakhak
Bapakku :: dengar kata nak fly balik 16ribulan..yeay!!

Kenkawan yang lain..yang namanya tidak disebut..aku rinduuu jugak jugak kat ampa semua.. Rinduuuuuuuuuuuuuuu!!!!!

Monday, October 6, 2008

Cik sumaiyah

HAPPY 18th BIRTHDAY

kepada CIK SUMAIYAH



Beliau lahir pada 6 Oktober 1990. Saya ingin mengucapkan selamat kepada beliau. Semoga murah rezeki, panjang umor dan sentiasa diberkati Allah S.W.T

Semoga beliau lebeh ceria dan happy menyambut ulang tahun kelahiran beliau yang ke-18

MyHotComments.com

Saturday, October 4, 2008

Preview


Semalam aku menonton sebuah cerita yang sungguh indah..penuh dramatis.. sungguh bercirikan keislaman. Inilah tajuknya -Ayat-ayat Cinta. Sebuah filem Indonesia berlatarkan Mesir yang penuh mesej mesej tersirat tentang keislaman, tanggungjawap, keadilan, kesabaran..dan yang paling penting adalah kebesaran kuasa Allah..

Serius cakap aku tak bopa minat cerita cintan cintun ni..terutamanya kisah cinta indon and melayu.. tapi cerita ni lain dari yang lain..kalaulah aku boleh bagik markah..aku akan bagik A+++

KISAHnya...
Fahri adalah pemuda Indonesia yg amek Master kat Mesir.. Dia selalu minta bantuan jiran dia yg bernama Maria. Maria ni kristian tapi sangat mengagumi Al Quran dan menganggap org Islam kolot. Tetapi setelah mengenali Fahri, Maria kagum dengan sifat keislaman dan kesopanan Fahri. Dalam diam dia jatuh cinta.
Kemudian muncul pulak satu perempuan arab ber-purdah. Nama dia Aisha. Satu kejadian di dalam bas yg membuatkan Aisha hampir hampir kena sepak dgn sorang tok arab nih sebab tegakkan ciri keislaman. Fahri yang gentleman tu berjaga menyelamatkan Aisha dengan menegakkan tentang undang undang Islam yg sebenar. Lirikan mata Aisha yang cantek menawan telah membuatkan Fahri terpikat. Aisha pon turut jatuh cinta..

bla..bla..bla.. sah sah tadak sapa tingin nak baca ruangan nih.. tapi apapon aku nanak tulih jugak.. sukati la ampa nak baca ka dak!!

ok sambong cita... part yang paling best skali bila tunjuk kesabaran seorang isteri bila Aisha sanggup suruh suami dia kahwin dengan Maria sebab nak selamatkan Maria yang dah gelong sebab frus menonggeng.. lepaih tuh part yang paling sedey bila Fahri difitnah!!! sian gila kat dia dok dlm penjara. Aisha buat segala menda berkorban utk suami dia.

Macam macam lagi la..kalau nak tau..pi tengak sendiri.. memang best gila cerita nih.. aku dah tengak 2 kali!!! adek aku dah tengak 5 kali !!! aku sampai nangih nangih bila time terharu.. huu kalah cita indostan!!

pi lekaihh menontonnya!! jamin tak rugi...

kepada sesiapa yang berminat nak tengak trailer berlatarkan lagu Ayat Ayat Cinta nyanyian Rossa...sila luangkan masa menonton di bawah.. Kesungguhan anda dihargai =D

Monday, September 29, 2008

Selamat Aidilfitri

salam..

saya nak ambil kesempatan ini utk mengucapkan.. selamat hari raya kepada pembaca yang singgah di blog saya nih.. maaf zahir dan batin..


Get Hari Raya Graphics Here



_______________________________________________

huh sedar tak sedar dah sebulan berlalu dengan pantasnya.. sedih juga nak meninggalkan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ni.. dua tiga hari ni pon keja ujan jew..macam langit pun turut sedih..

Pun begitu aku sekeluarga dengan gumbiranya nak sambut hari raya.. maklumlah dah sebolah berpuasa..tak salah rasanya nak meraikan hari mulia nih.. sepanjang minggu nih aku keja jadik bibik sepenoh masa kat umah.. tak dak can lansung nak berehat goyang goyang kaki.. adess..leteh jugak la mengemas umah..maklomlah dah setaun tak bersihkan umah sebeginik bersih hakhak.. jangan salah paham nah..umah memang sentiasa kemas cuma nak spotless kat lagik..wah wah..


abangku dok pasang langsir lepaih bawak turun yg lama.. (dia takut tinggi wakaka)



aku dok cuci tingkap tuuhhh.. rajing gila anak sappa tuh~~


adekku dok vacuum lantai..tersengih??? adakah dah tau aku dok tangkap gambag?? ceit possing!!


Sebenagnya banyak lagik kerajinan kami yang tak ditangkap..yala ibu dah marah sebab lembab buat keja ..dok keja possing jak tau hakhak..
apa pun..nak ambik kesempatan ini mohon maaf zahir batin kepada pembaca semua..
tunggu cerita lepaih raya polak..

chow~~

salam permissi
mohon keberkatan

Friday, September 26, 2008

di TAQ oleh Sapik - ngeehee

salam..

aku terima 'tag' dari seorang sahabat yang bernama syapik pling pling.. dia paksa jugak aku jawap kalo tak dia takkan blanja dah aku eskrem.. eskrem??!!! gegeh gilak nak ugut pun ugut lah menda lain..ish ish..

takpala..aku memang tadak keja pon. lagipon dah tak tahu nak post apa dlm blog terchenta nih..
jadik bersedialah membaca ayat rapu rapu aku..

soalannya..

  1. 3 names thats in your mind
  2. 3 things that u are wearing rite now
  3. three Things you can't live without?
  4. Are you currently in a relationship?
  5. Do you believe on the statement "once a cheater always a cheater"
  6. Do you believe on the statement "to forgive is to forget"
  7. What's/Who is your current problem?
  8. 5 things inside your BAG
jawapannya...

1. kita tengak sappa yang kena!! tika padel- sebab dia janjik nak bagik duwet raya 2 keping ,
pewes - dia janjik nak on9 tapi tak wujud wujud pong!! , ayyato - tatau pasaipa tapi teringat kat dia..

2. apa aku nak pakai pon sebok nak amek tau..huu im wearing long trousers wif tshirt n gelang 1

3. cant live without?? money!!! hakhak.. frineds.. nyawa larrhh

4. yes im in a very the very serius relationship wif my 10minus1 siblings..meh pamily..my pewes n iman.. my extra double triple crazy classmates.. manyak lagi larr

5. "once a cheater always a cheater"?? no larh.. i sumtimes cheat but im not a cheater..hoho ada maksudkah??

6. "to forgive is to forget"?? definitely agree!!! sumtimes we cant forget what they had done to us but we pretent to forget so that we can forgive.. paham dak woitt?? kalo takpaham maknanya dah tua~~

7. current problem?? thinking about 10chapters sejarah , 5chapters PA , sastera , n how to improve my MUET.. adess!!! periksa 2minggu lepaih rayoo!! dan ka nihh nak study!!!

8. dalam begku..musti ada tisuu untuk laplap .. enpon wajib!! .. wolett ada ic beserta lesen walopong tadak keta.. money!!huh tanpa duwet tak bermakna beg besag tara mana pon.. last but not least..kak mera kesanyangankuu!! kemara paling penting nak buat aksi gelong bila kebuhsanan..

yeahh thats all.. syapit!! blanja aku eskrem kaihh!!

selepas nih aku nak pi tag kenkawan len.. seperti.. tika padelto..tika rombu nun jauh di UNKL.. pitri yag tak bukak blog hampir 3bulang.. cik maya hamtaro.. pahana halim pong pong.. ntah sapa yg rasa gedix nak jawap..dialu alukan..

salam permisi
sinar penghormatan

Sunday, September 14, 2008

SEKOLAH lah lah



Sapa bilang sekolah enggak sonok dehh??

hakhak..alkisahnya udah lama aku tak cerita kisah hidopku di skolah.. dolu dolu.. masa zaman kekanak riang..sekolah la segala galanya..nak buat hegeh nak buat gedix nak buat ranggi..semua kita berkuasa di sekolah. Bila form5..dengan tensyen nak exam dan sebagainya..membuatkan aku agak kureng menghayati zaman persekolahan form5.

Sekarang di Form6..perasaan seronok itu menjelma kembali.. Tambah tambah di BM Highschool..Kelas PBI sastera.. classmates yang bising plus hegeh plus sporting.. and i would never forget my study group - pewes + iman + pazil .. Tak pernah aku ada study group sebegini efisyen.. bila masing masing ada kelemahan dan kelebihan..kami saling support men support..



cewahh rajin la tu kononnya..hakhak. result kami pon ok la sebagai permulaan.. kira kedudukan kami berempat dalam kelas dekat dekat. kami semua top10!! yey!!

huh.. geram dekat bebudak form6 kelas len.. depa kata kelas satera ni kelas corot la kununnya.. kelas bodoh.. tulun la.. sappa kata kelas ekonomi + perdagangan + science tu sudah 100% komfom straight A?? kalau depa pon tak pasti lagi akan dapat 4A jangan la dok pandang rendah orang len.. kita semua sama jak.. We work for what we want!! Tau la depa jeles sebab kelas sastera ni study agak 'relax'.. boleh dok buat bising boleh dok hegeh hegeh lagi dlm kelas.. tapi sapa kata study relax tu boleh skor dengan gempaknya?? kami pon study hard la.. tidoq lambat + bangun awai + stay back lepas skolah..tak caya tanya study grup aku..hekhek *promote promote*

Apa apapun.. (malas nak bergaduh dan seumpanya..) kita jaga diri masing masing..sapa nak skor dia rajin la sendirik..


we stay being ourselves!!

Saturday, September 13, 2008

Pot pet pot pet

Huh lamanya aku tidak ber pot pet pot pet di sini.. kata tikah rombu blog aku ni dah bersarang hakhak.. takpa takpa molai hari ni aku akan kembalik aktif yeahh..

Mola mola nak wish SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA kepada seluruh muslimin muslimat..kengkawan yang jauh di perantauan hakhak.. yala yala aku tau la dah lambat..tapi nak wat gumana sebelom nih tadak masa dehh..




Secondly..nak wishh HEPI BUFDAYYY kepada SYAZIRA BT OTHMAN.. bufdaynya pada 10 september ari tuh..


yala..aku tau la aku lambat tulih dlm blog..jangan la tengak aku gutuh~~

yeah beliau sudah 18ton!! udah tua hakhak..lepas ni jangan dok ngata aku tua dah..
semoga panjang umo murah rezeki..
luv u syaziz!!

Sunday, August 17, 2008

Chong Wei tewas..



Baru sahaja tamat beregu badminton antara Lee Chong Wei dan Lin Dan. Kedua duanya juara pertama dan kedua dunia. Tetapi ternyata Lin Dan lebih bertenaga bersama strategi strateginya. Lee Chong Wei tewas.. tapi takpala.. satu satu nya atlit negara yang akan bawak balek pingat perak..


Lin Dan yang hensem nih dah kalahkan Chong Wei. Aduss.. tapi memang hebat bangat perlawanan mereka. Lin Dan ni memang layak dipuji atas stamina dan kawalan emosinya. Walaupun Chong Wei kalah agak teruk..tapi beliau layak dipuju. sekurang kurangnya ada jugak atlit negara yang membawa pulang pingat.. kira berbaloi la setengah juta yang akan diterima daripada negara kita..
Tahniah Chong Wei!!!

Saturday, August 16, 2008

POLITIK

Assalamualaikum..Hari ni nak menyentuh sedikit tetang isu politik. Memandangkan bahang politik semakin hangat bergelora di negara kita,jadi saya rasa ketinggalan zaman pulak kalau lansung tak menyentuh hal hal yang berkaitan dlm blog aku ni..

Sumpah Laknat Saiful Bukhari Azlan



Hari Jumaat yang lalu, aku tengak berita TV3 pukui 8 malam. Tekejut aku tengak Saiful angkat sumpah Li'an terhadap Dato Sri Anwar Ibrahim. Yang peliknya sumpah Li'an tu untuk suami isteri yang lihat kecurangan salah seorang. Bukannya untuk kes liwat macam nih.. Lagipun kalau nak angkat sumpah tak perlu la pegang Quran..tambah tambah kalau sumpah tu palsu semata mata..Dah la pegang Quran tangan kiri..Baca sumpah pun tergagap gagap. Yang paling memushkilkan, dia kata dia kena liwat 26 jun..Tapi laporan dulu ada tulih dia pergi jumpak Dato Najib pada 25 Jun untuk mengadu dia kena liwat... Fuh,agaknya dia boleh lihat masa depan kut..Tapi kalau dah macam Deja Wu yang boleh tengak masa depan, kenapa pulak tak berusaha hentikan??!! Sungguh Pelik bin Ajaib. Ditambah pulak doktor yang merawat Saiful di Hospital Pusrawi kata dia tak jumpa apa apa bukti yang saiful diliwat.. Malah takdak lansung DNA Dato Sri Anwar Ibrahim. Apa kes?? Dah bukti pun kata tak ada, macammana nak percaya sumpah yang tak betul tuh?? Nak tegelak jugak bila masa soal jawap bersama pemberita, bila soalan soalan panas sitanya..dia terus jawap "I'll answer that in court" ..Klau nak jawap dalam mahkamah,tak payah la buat sesi soal jawap..buang masa jak!
Di pihak Dato' Sri Anwar Ibrahim pulak, beliau disarankan oleh org kuat kuat beliau agar tak payah susah susah terima cabaran Saifol yang suruh beliau turut angkat sumpah. Buang masa Buang tenaga. Kalau dah memang rasa diri betul, tak payah susah susah buat semua org percaya.. kebenaran akan terbukti jugak akhirnya. Tindakan beliau tak serahkan DNA adalah tindakan bijak.. sebab 10 tahun dahulu,1998.. org org yang tidak bertanggungjawap menggunakan DNA tu untuk dijadikan bukti palsu.. Nampaknya beliau lebih bersedia menghadapi fitnah kedua kali ini.

Apapun kata mulut..walaupun sumpah seribu kali, kebenarannya hanya ALLAH taala yang maha mengetahui. Tolong jangan cabar Allah taala. Buruk padahnya..

Lee Chong Wei




YESS!!! Lee Chong Wei menang semi-final!!! Akhirnya ada jugak seorang atlit kita yang bakal membawa pulang sekurang kurangnya PERAK.. Beliau mengalahkan South Korean Lee Hyun-il 21-18, 13-21, 21-13..

aku sndiri tengak perlawanan mereka..kira hebat gak la.. tensyen gila time menonton life tuh.. tambah tambah bila dia kalah round ke dua..Naseb baik dia bangkit balik pada pusingan ketiga..

Lepas nih Lee Chong Wei bakal bertempur dengan juara dunia Lin Dan dari China.. Memang bakal menyaksikan perlawanan sengit..dolu Chong Wei dah kalah kat Lin Dan 21-13 21-18.. Harap harap tahun ni Chong Wei lebih bersedia mental dan fizikal..

Thursday, August 14, 2008

Exam + exam + exam = PENING!!!




ALHAMDULILLAH akhirnya abes jugak first ujian melangkah ke dunia STPM. Tapi entah pasaipa sengsara betui hatiku wuwuwu.. Walopon blaja separuh nyawa macam nak mati..tiba tiba time jawap exam..MASA TAK CUKUPPPP!!!!

membara tahap cipan...Subjek Pengajian Am subjek paling aku pulun separuh nyawa..huh abehh pasai politik donia dah dikuasai..walopon baru suku peratus..tapi kira manyak la tuh..kof kof..Yang paling sedey + keciwa + fruss nonggeng sebab soalan yang aku tau..tapi takdan jawapp.. Memang sungguh menghampakan.. Keluar dari klas lepas exam PA memang muka kiciwa tarik 14 huuu..

Subjek sejarah plak..boley la tahan..Tamadun Donia kira cekgu Nomala yang baek atis tu dah abag akan kuag bab tamadun awal.. Kira dah katam bab tu 10 kali dah.. tapi bla jawap..ada gak satu isi lopa nak bok masuk..lepas tuh kesimpulan takdan nak karang pueh pueh.. yang nak tegelak tuh sebab kesimpulan aku pi tulis pasai Mesopotamia yang memang tadak kena mengena ngan soalan..huu arap arap cekgu tak perasan dehh..
Tapi yang geramm tuh bila mai sejarah Malaysia!! Soalan memang la kuag bab 1..tapi konpius gila cara dia tanya soalan.. Kira ni kes tak paham soalan la..adess.. Nak carik jalan selamat...aku jawap soalan kedua yang tanya Faktor Anarki.. amenda anarki tu pun aku tatau..main hentam jak jwp..arap arap tak tepesong la..tuluuunnn!!!!

Paper Sastera...memang paper yang paling aku sonok sekali.. sebab apa yang aku baca keluag sebijik sebijik!!! Gumbira tak terhingga..Waktu jwp pon dok tersengih sepanjang masa..arap arap cekgu tak usha..kalo dak musti dia pelik..hakhak..

BM la..adess..kes jenayah gilaa...pagi tu baru tegedik gedik nak baca!! Hakhak.. sebab aku tadak buku rujukan bm so pagi nak exam tuh baru kalot pijam dari kawan hapai abeh apa yang rasa nak hapai.. Hoh dah la kuag soalan tanya hipotisis!! BM form6 bukan sama ngan bm dolu dolu kala..BM ni lagik sosah daripada sejarah!!! Adess.. Bm memang subjek paling tak target antara semua.. Hopefully still ok!!

Itu la alkisahnya my first exam..Nanti aku cita perihal resultnya pulak yang extremely gempakx..hakhak

to be continue...

Sunday, August 10, 2008

Jam Cumel



2 ari lepas ayah aku beli kat aku satu jam loceng yang sangat la tomeyy..alahai.. dia boleh tukar tukar kaler..Aku happy sangat dapat jam nih.. Sebenarnya jam ni jam loceng tapi bunyi dia..alahai.. mendayu dayau sungguh!! Buat aku lagi tangkap leleh ada la hakhak.. Tapiii yang buat aku sukeee sangat jam nih..sebab dia boleh nyala macam macam kaler!! Cumell and cantek sungguh. bila malam, lepas tutup lampu, aku akan biarkan dia menyala dengan kaler kalernya!! kiutt!!!

ni lah rupa jam yang pelbagai colour.. kalo tengak real lagi cantekk..

video

Friday, August 8, 2008

Olympic 2008



Huh dah 8.8.2008!!!
Olympic Beijing Day!!!
yey!!


Demam olimpik dah mola nak menjelma..
aku pon nak demam gakk
tak sabau nak tengak abang abang olimpik yg berbadan sasa!! *wink*
Harap harap taun ni Malaysia dapat memungut PINGAT EMAS!!

Kata ahli ahli Feng Shui angka 8 manyak 'ong'

Happy Oympic Day!!

sama sama lihat perkembangan - to be continued

Friday, August 1, 2008

Friendship Day...


Friends18.com Orkut MySpace Hi5 Scrap Images
Friends18.com Best Friends Comments



Happy Friendship day to all my friends..

Tribute to the special ones..



10 minus 1 femily- they care about me , trying to help me and love me more than anyone did + they always be around me when my life is empty + they are totally abnormal!!




Iman a.k.a Man Man nombok 2 - she's very supportive + always there when i need her + have the same piece of mind like mine + efficient + crazy plus gegey n gedix *hakhak* + teman ngumpat ngee.. + i love her!!




fadzil and pirdot
- only 2 heroes in class + sporting!! + boleh ajak ngumpat walopon depa diam tapi mengangguk hakhak + study partner yg very efficient..







PBI Gulzz - crazy tahap cipang!! + always bising sampai cekgu marah + sumtimes lazy sumtimes telebey rajing!! + always have ideas to talk about + very the very open minded untill sumtimes a lil bit out minded + my life would be empty without them..



Love U guys soo damn much!!
Happy friendship Day!!!

Friday, July 18, 2008

Tag again duhh

hoh sapa sapa yg kena TAG jangan gatai tutup sebelah mata.. Jawap jew bukan sosah pon.. kira beruntung la tu dlm ramai ramai anda dipilih untuk jwp soklan tag kihkih..

Selamat Menjawap~~


Tag


1) Nama nama timangan oleh orang tersayang
2) Anda seorang yang....
3) Insan teristimewa.. describe apa yg membuatkan dia terlalu istimewa di mata anda..
4) Makanan Fevret
5) Fevret kaler
6) Fevret song
7) Sikap yg membuatkan anda stress.
8) 3 benda yg mesti ada dlm handbag
9) Kali terakhir anda menangis beria2.. napa?



1) Nama nama timangan oleh orang tersayang

~ family panggil baby..ngee
~ frens panggil emang/ man man/ aiman/ kadang kadang nama ntah apa apa sesuka ati diorang jek..


2) Anda seorang yang....

ehem..
~bek ati *wink wink*
~pemurah *uhuk* peramah, suka buat kawan
~sangat sangat degil ahaxz
~luv to sleep..
~luv to eat hardly exercise..
~begayut tepong
wahh manyak menda nak cita tanya sndiri la..

3) Insan teristimewa.. describe apa yg membuatkan dia terlalu istimewa di mata anda..

istimewa??wah wah
a) my parents -terlalu special smpai tak bley describe sehh
b) best best prenss a.k.a 10 minus 1 femily -sebab semua perangai sekepala + gila gila + kenal dah lama

emm cehh dah abess??..aduss rupanya aku kekurangan insan istemewa dlm idopku!!! nak kena mola menambahnya..*chayok*


4) Makanan Fevret

-nasik nasik n nasik hakhak
-donut pakcik kantin
-roti.pizza seumpamanya
-apa apa saja yg kwn blanja hakhak..


5) Fevret kaler

-bright red lagi menyala lagi menawan *gegeh gila*
-purplelito
-ijao
-wona cerah la senang cita

6) Fevret song

- tadak!! hakhak.. kalo tetiba dengag sedap teros suka


7) Sikap yg membuatkan anda stress.

- sikap smbil lewa
- telebey gedix + gatai + kuat mencarot
- suka kontrol every pergerakanku..arrgghhh rimas rimass!!!
- suka bergado..sikit sikit gadoh
- kuat merajok..arrgghhh mencii toi!!
huh jwp soklan ni pon bley kasi stress daa


8) 3 benda yg mesti ada dlm handbag

enbag?? mana ada.. tapi kalo beg besau besau ada lah
- wolet
- hanpon
- tisu wajib


9) Kali terakhir anda menangis beria2.. napa?

- waktu my sister pass away
yg lain tu nanges tak bopa beriya sangat ahakx..
tapi aku ni susah sket mau nangiss..jenuh teran lebey lebey smpai muka naik pelik baru kuag setitik dua air mata kihkih..


yey tag ku sodah siap!!
gud luck kepada sapa yg aku dah tag..pandai pandai la jwp yo..

Tuesday, July 15, 2008

"Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak!"

Today We Form The Government, Tomorrow The Fuel Prices Will Go Down




Semalam pukui 9 mlm rasa rasanya seluruh rakyat Malaysia melekat depan tv menonton perdebatan antara 2 tokoh dari 2 parti besar tanah air iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim
(Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat) berdebat dengan Datuk Ahmad Shabery Cheek
(Menteri Penerangan Malaysia)..Tajuknya adalah "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak!"

wah wah rasanya memang patot pun hal hal seperti ini diperdebat sebab hal ini berkaitan dengan susah senang rakyat kita sendiri..yala secara jujurnya sapa suka harga minyak naik?? nak pi pasar malam pon pikiag dua tiga kali.. jenuh la lagu tuh..

apa yg diperkata oleh Dato Seri Anwar Ibrahim dalam perdebatan itu memang banyak benarnya. beliau menegaskan tentang hak rakyat dan bagaimana untuk membela nasib rakyat miskin terutamanya. Usaha beliau untuk mengurangkan harga minyak sebanyak 50sen sebenarnya lansung tidak membataskan pembangunan negara.. Apa sangat la RM5 billion untuk mengurangkan harga minyak berbanding berjuta juta billion yang diterima negara.

fuhh dengarnya macam saya ni menyokong barisan altenatif pula..*kof kof*. tolong jangan tanya samada saya ni pro atau anti kerajaan sebab saya baru 18tahun.. tunggu sehingga saya 21tahun dan berhak utuk mengundi baru tanya samada saya berada di pihak mana. apa yang saya tulis dia sini hanya sebagai pandangan dan penilaian saya sebagai remaja yang mengikuti isu isu semasa *wah wah*.. dan saya rasa kalau pada zaman ini masih ada remaja yang berkata 'aku tak minat politik' ataupun 'buat pa la sebuk hal hal negara..kita bukan boley mengundi pon' maka tak tahula nasib negara kita 20 tahun akan datang andai dipimpin oleh remaja remaja yg befikiran sempit sekarang ini..

pun begitu Datuk Ahmad Shabery Cheek patut dipuji atas keberaniannya mewakili seluruh parti barisan nasional untuk berdebat dengan Dato Seri Anwar Ibrahim. Bukan calang calang orang berani bertanding dengan Dato Seri Anwar Ibrahim yang memang terkenal dengan bilah bilah percakapannya...

Feel free to judge by ur ownself


p/s;- salam permissi.. a piece of my thought..

Sunday, July 13, 2008

Tata bon voyage

just sayin gud bye to all my beloved friends..

missing u all like hell..




My Friends
tribute to my love ones.
We all need someone
To talk to in our life,
A friend to whom we run
In times of stress or strife

A friend who's always there
Throughout the years,
A friend we know will care
And take away our fears.

A friend who's always near,
Waiting for our call,
To wipe away our tears,
And lift us when we fall.

A loving friend indeed,
On whom we can depend
To fulfill our every need -
Thank you, precious friend

Wednesday, July 9, 2008

Kuasa ALLAH..




I witness the perfect view when i was in Pantai Batu Feringgi last week.. The scenery was spectacular. I stood there all evening and stared at the sun as it set. Never in my lifetime i felt like what i felt on that day. I was stunt by the beauty of nature..

Deep in my heart, I suddenly realized..how much time I had wasted worrying about the devil of the world..without noticing that there are always the other side of our life that we had never known.

Apabila kamu melihat sesuatu yang indah maka ucapkanlah SUBHANALLAH
Apabila kamu menyedari kebesaran Allah maka ucapkanlah ALHAMDULILLAH





The sea was crystal-cleared waters teeming with colourful corals and marine fishes. The sands are acceptably powdery and soft with visibly, no trash being thrown around. ok maybe i am a lil bit exaggerating.. but believe me if you witness the majestic view yourself,you would be amazed.



perfect sunset..


perfect capture..


looking forward to be there some other time.. really gave me such a peaceful mind and thought.