Tuesday, July 15, 2008

"Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak!"

Today We Form The Government, Tomorrow The Fuel Prices Will Go Down




Semalam pukui 9 mlm rasa rasanya seluruh rakyat Malaysia melekat depan tv menonton perdebatan antara 2 tokoh dari 2 parti besar tanah air iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim
(Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat) berdebat dengan Datuk Ahmad Shabery Cheek
(Menteri Penerangan Malaysia)..Tajuknya adalah "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak!"

wah wah rasanya memang patot pun hal hal seperti ini diperdebat sebab hal ini berkaitan dengan susah senang rakyat kita sendiri..yala secara jujurnya sapa suka harga minyak naik?? nak pi pasar malam pon pikiag dua tiga kali.. jenuh la lagu tuh..

apa yg diperkata oleh Dato Seri Anwar Ibrahim dalam perdebatan itu memang banyak benarnya. beliau menegaskan tentang hak rakyat dan bagaimana untuk membela nasib rakyat miskin terutamanya. Usaha beliau untuk mengurangkan harga minyak sebanyak 50sen sebenarnya lansung tidak membataskan pembangunan negara.. Apa sangat la RM5 billion untuk mengurangkan harga minyak berbanding berjuta juta billion yang diterima negara.

fuhh dengarnya macam saya ni menyokong barisan altenatif pula..*kof kof*. tolong jangan tanya samada saya ni pro atau anti kerajaan sebab saya baru 18tahun.. tunggu sehingga saya 21tahun dan berhak utuk mengundi baru tanya samada saya berada di pihak mana. apa yang saya tulis dia sini hanya sebagai pandangan dan penilaian saya sebagai remaja yang mengikuti isu isu semasa *wah wah*.. dan saya rasa kalau pada zaman ini masih ada remaja yang berkata 'aku tak minat politik' ataupun 'buat pa la sebuk hal hal negara..kita bukan boley mengundi pon' maka tak tahula nasib negara kita 20 tahun akan datang andai dipimpin oleh remaja remaja yg befikiran sempit sekarang ini..

pun begitu Datuk Ahmad Shabery Cheek patut dipuji atas keberaniannya mewakili seluruh parti barisan nasional untuk berdebat dengan Dato Seri Anwar Ibrahim. Bukan calang calang orang berani bertanding dengan Dato Seri Anwar Ibrahim yang memang terkenal dengan bilah bilah percakapannya...

Feel free to judge by ur ownself


p/s;- salam permissi.. a piece of my thought..

0 comments: