Assalamualaikum..Hari ni nak menyentuh sedikit tetang isu politik. Memandangkan bahang politik semakin hangat bergelora di negara kita,jadi saya rasa ketinggalan zaman pulak kalau lansung tak menyentuh hal hal yang berkaitan dlm blog aku ni..
Sumpah Laknat Saiful Bukhari Azlan
Hari Jumaat yang lalu, aku tengak berita TV3 pukui 8 malam. Tekejut aku tengak Saiful angkat sumpah Li'an terhadap Dato Sri Anwar Ibrahim. Yang peliknya sumpah Li'an tu untuk suami isteri yang lihat kecurangan salah seorang. Bukannya untuk kes liwat macam nih.. Lagipun kalau nak angkat sumpah tak perlu la pegang Quran..tambah tambah kalau sumpah tu palsu semata mata..Dah la pegang Quran tangan kiri..Baca sumpah pun tergagap gagap. Yang paling memushkilkan, dia kata dia kena liwat 26 jun..Tapi laporan dulu ada tulih dia pergi jumpak Dato Najib pada 25 Jun untuk mengadu dia kena liwat... Fuh,agaknya dia boleh lihat masa depan kut..Tapi kalau dah macam Deja Wu yang boleh tengak masa depan, kenapa pulak tak berusaha hentikan??!! Sungguh Pelik bin Ajaib. Ditambah pulak doktor yang merawat Saiful di Hospital Pusrawi kata dia tak jumpa apa apa bukti yang saiful diliwat.. Malah takdak lansung DNA Dato Sri Anwar Ibrahim. Apa kes?? Dah bukti pun kata tak ada, macammana nak percaya sumpah yang tak betul tuh?? Nak tegelak jugak bila masa soal jawap bersama pemberita, bila soalan soalan panas sitanya..dia terus jawap "I'll answer that in court" ..Klau nak jawap dalam mahkamah,tak payah la buat sesi soal jawap..buang masa jak!
Di pihak Dato' Sri Anwar Ibrahim pulak, beliau disarankan oleh org kuat kuat beliau agar tak payah susah susah terima cabaran Saifol yang suruh beliau turut angkat sumpah. Buang masa Buang tenaga. Kalau dah memang rasa diri betul, tak payah susah susah buat semua org percaya.. kebenaran akan terbukti jugak akhirnya. Tindakan beliau tak serahkan DNA adalah tindakan bijak.. sebab 10 tahun dahulu,1998.. org org yang tidak bertanggungjawap menggunakan DNA tu untuk dijadikan bukti palsu.. Nampaknya beliau lebih bersedia menghadapi fitnah kedua kali ini.
Apapun kata mulut..walaupun sumpah seribu kali, kebenarannya hanya ALLAH taala yang maha mengetahui. Tolong jangan cabar Allah taala. Buruk padahnya..
Saturday, August 16, 2008
POLITIK
Posted by aimanjafre at 8:44 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment