Semalam aku menonton sebuah cerita yang sungguh indah..penuh dramatis.. sungguh bercirikan keislaman. Inilah tajuknya -Ayat-ayat Cinta. Sebuah filem Indonesia berlatarkan Mesir yang penuh mesej mesej tersirat tentang keislaman, tanggungjawap, keadilan, kesabaran..dan yang paling penting adalah kebesaran kuasa Allah..
Serius cakap aku tak bopa minat cerita cintan cintun ni..terutamanya kisah cinta indon and melayu.. tapi cerita ni lain dari yang lain..kalaulah aku boleh bagik markah..aku akan bagik A+++
KISAHnya...
Fahri adalah pemuda Indonesia yg amek Master kat Mesir.. Dia selalu minta bantuan jiran dia yg bernama Maria. Maria ni kristian tapi sangat mengagumi Al Quran dan menganggap org Islam kolot. Tetapi setelah mengenali Fahri, Maria kagum dengan sifat keislaman dan kesopanan Fahri. Dalam diam dia jatuh cinta.Kemudian muncul pulak satu perempuan arab ber-purdah. Nama dia Aisha. Satu kejadian di dalam bas yg membuatkan Aisha hampir hampir kena sepak dgn sorang tok arab nih sebab tegakkan ciri keislaman. Fahri yang gentleman tu berjaga menyelamatkan Aisha dengan menegakkan tentang undang undang Islam yg sebenar. Lirikan mata Aisha yang cantek menawan telah membuatkan Fahri terpikat. Aisha pon turut jatuh cinta..
bla..bla..bla.. sah sah tadak sapa tingin nak baca ruangan nih.. tapi apapon aku nanak tulih jugak.. sukati la ampa nak baca ka dak!!
ok sambong cita... part yang paling best skali bila tunjuk kesabaran seorang isteri bila Aisha sanggup suruh suami dia kahwin dengan Maria sebab nak selamatkan Maria yang dah gelong sebab frus menonggeng.. lepaih tuh part yang paling sedey bila Fahri difitnah!!! sian gila kat dia dok dlm penjara. Aisha buat segala menda berkorban utk suami dia.
Macam macam lagi la..kalau nak tau..pi tengak sendiri.. memang best gila cerita nih.. aku dah tengak 2 kali!!! adek aku dah tengak 5 kali !!! aku sampai nangih nangih bila time terharu.. huu kalah cita indostan!!
pi lekaihh menontonnya!! jamin tak rugi...
kepada sesiapa yang berminat nak tengak trailer berlatarkan lagu Ayat Ayat Cinta nyanyian Rossa...sila luangkan masa menonton di bawah.. Kesungguhan anda dihargai =D
2 comments:
ehem2.. pada satu ari roomate aku ajak aku pi tgk wayang kat dalam kampus aku... ada la tempat depa bwat kunun2 paanggung wayang... tgk2 dia beli tiket cerita neyh.... aku xpueh ati gila,,, tapi xpa la kan.... beli 1 tiket free 1...
kemudian aku ngan roomate aku pong masok panggung wayang tuh tang dekat2 nak abeh dah cita neyh..
xsmpai 5 minit aku tgk cita neyh, aku ajak roomate aku kuaq... smpai ropok twisties yang aku bukak pong xdan abeh.. ish2
yg ang masok time nak abeh buat pa.. jgn salahkan cita tak best...
Post a Comment