Friday, February 26, 2010

STPM RESULT

Assalamualaikum.
Hari ni izinkan aku nak berbangga bangga ya..
bukan nak riak.
Hanya nak kongsi kegembiraan.
cewaahh ayat tabley blah.

Ok cerita panjang diringkaskan.
Semalam RESULT STPM dah keluarrrrrr.
sapa tak kecut perot aku taktau la perut dia diperbuat daripada apa.
ahahaha..

ALHAMDULILLAH aku dapat 4A !!!
weeeeehuuuuuu!!!
kan aku kata nak kongsi kegembiraan, iishh.
Memang pagi tu memang gelabah gila aku..
makan roti tak boleh nak telan dah

Alhamdulillah time pengetua umum tu gila blurr aku.
betul kah betul kah?? ta pecaya gila.
aik. dah macam 1 Malaysia dah.



ok walaupun menda ni memalukan gila gila memalukan.
ishhh macammana laaa aku boleh ter-reyau lak kat atas pentas tuh..
depan pengetua pulak tuh!!! aiihhhh!!
ok bukan nangeh sedih ka terharu ka nak tunjuk gedix ka.. hakhak
tetiba ayag mata otomatik keluag bila terlalu tensyen nak amek result.
hehe.
ok lopakan kisah memalukan neyh.
SKIP!!


ini study group aku.
mereka pon dapat result yang sangat baek.
tak sia sia kami study macam orang gila. tak gila ja lagik.
tahniah to u guys.


Penat aku berceloteh panjang ngan pemberita tuh.
tengak tengak kata kata aku ciput ja dalam paper.
hakhak..


terasa diri ketot di sebelah Bala yang tinggi gayut tuh.
kalsium apa dia makan eh.


nampak dak kami sengeh dengan gumbira??
lawa dak baju aku macam nak pi kenduri daa..

ada gaya YB dak..
hehe.


Kina pun result gila gempak..
huhu.. sila zoom kalau nak sekodeng result.
takkan nampak punya. heee


LOMPAT time !!!
wehuuuuuuuu!!
gila odos aku lompat. ish ish.
rasa macam dah lompat dengan antu antu dah.
mana pi muka tiga jejaka tuh??
kami sebenarnya kena paksa lompat oleh pemberita tuh.
gila gila kena buli lompat banyak banyak kali.
slim aku camni.

apapun hari ni hari yang sangat enjoy.
KEJAYAAN tu sesuatu yang sangat MANIS
tahniah kat kawan kawan yang result semua gempak sangat.


Monday, February 22, 2010

Menang online

Sebenarnya ni kisah lamaaa beberapa minggu lalu.
tapi aku baru terpikir nak update pasal gambar neyh.
ahaha

bergaya dak kami dok turun bukit??
ahaha

beberapa minggu lalu aku masuk FRIENDSHIP contest.
gambag nih la yang aku pertaruhkan..
ta ku sangka dapat...
TEMPAT ke -3 !!!
wuhuuuu

ehem. dia tulih hadiah saguhati
tapi aku kira kira gambar ada 4 keping ja yang menang.
aku nombor 3.. ahaha

first time menang contest online.
jadi macam terharu gila babuun.
srrooott.

beliau komen ::
" pic ni pun menarik cz nampak macam 4 sahabat nak pergi berjuang bersama
sanggup lalui susah senang bersama....
*nice kete diaorg gune tu...hehehe "

ta pecaya?? ta pecaya??
tengak sendiri laa!!
hambek link

congrats to myself.
*cewahh gila perasan!!*

Sunday, February 21, 2010

Puh kiri Puh kanan

Current mood : macam macam adaaaaaa...


Makan dah ta lalu
Tido dah ta lena
Mandi dah ta puas
Sembang dah ta gelak
Senyum dah ta manis

Otak kacau.
Macam macam mood ada.
sat shok. sat best. sat tak sabar.
sat geram. sat pening. sat tensyen.

Khamis is the FINALE
puh kiri puh kanan.
AWAT AWAI SANGAT !!!!
arrgghhh

rilek rilek.
kan dah usaha. Tawakal alallah.


Wednesday, February 17, 2010

es-krem

Hari ni kami makan ais-krem !!!

ceh. ais krem pun nak kecoh kecoh.
ahaha sukati laa.
rasa best nak cita pasal aiskrem ari nih.

First time aku masuk Secret Recepi dan makan menda yang sangat mahai!!
huh. komfom tersedak kalau habag harga, ahaha.
selalunya aku ta suka cheese cake.
tapi tadii.. lepas makan secret resepi punya cheese cake..
wahh!!
tersedak den.
sedaaapp bangat!! tak-kusangka-sesedap-ini.
ahaha. cuba la sekali sekala belanja diri sendiri dengan ais krem dan cake
dari secret resepi (sahaja!!)
walopon mahai.. tapi macam berbaloi ja.

eh aku dok promot secret resepi ni ada dapat award dak??

apapun hari ni hari last zubir di rumah.
belaiu dah nak masuk MRSM PDRM esok.
jadi ayah aku pun labor la dwet sikit blanja menda mahai sikit. ahaha


ohhh!!!
tidak terkata kesedapannyaaaa!!!

saja bagi u all terliur..
berjaya ka? berjaya ka?? ahaha.

ok i'm getting
eff-eaa-ti
spell it peeps
haha

Sunday, February 14, 2010

Kenduri Cekgu Maya

Assalamulaikum.
maaf sori gomennasai
Ennai mannicchirunga
ok cukup!! apa maksud pown dah ta pedulik.
senang cita sorry bangat ya sebab lama ta update.
ada ka orang pedulik??
tak kesah la. tapi ada jugak orang dah bising bising sebab
lamaaaaa cek ta update.
bukan bukan!!
mana da nak perasan femes??!!
tak terdetik pown. ehem ehem.

Semalam, aku and geng 10-1 pi ke kenduri cekgu maya!!
cekgu maya kawen ka??
hish hish mau kena katok pala ngan syaziz, silakan kawen awai awai.
hakhak.

Kakak beliau punya kenduri ya.

owh owh lama ta jumpak dengan 10minus1 adek badek neyh.
dan sembang sat sat ja sebab suasana hangat nak matii..
cekgu maya yang tengah tu ya. pakai baju krim krim.
aku di kelilingi oleh cekgu cekgi. ahaha baru perasan!!

ok sudah.
ta manyak cita
ni aku and tikapadel, pemandu pelancong aku.
kalau tadak beliau komfom aku sesat sampai Taiping tak reti nak patah balik.
thankyou tikapadel tolong reverse time kat umah mung tuh.
ehem ehem. toksah habag kat orang len na :)
ahakx.

renduu ampa semua!!
srroott~

Thursday, February 4, 2010

go DADDY go

Assalamualaikum!!
lamaa ai tak update.
ada menda lain yang buat ai bizi..
tapi nanti nanti lah ai bagitau.
sebab ta fully complete lagik.. heee.

Semalam Bufday ayah aku.
weeee!! aku cukup suka la bab bab bufday..
Ayah aku awai awai lagik dah warning dah.
"jangan bubuh gambag ayah yang dok nganga telan kek dalam internet na!!"
huu kecewa kami adek badek.
semua dah plan nak bubuh gambag dalam facebook la, myspace la, blog la.
ok. jadi maaf ya.
no pictures please. (gaya ala ala tahan paparazi amek gambag)

3 haribulan 2
kalau tau kat kawan aku yang nama Hayat yatto-chan tu,
sah dia fobia dengan nombot 23.
tapi aku pun ala ala percaya jugak nombok berkaitan 2 dan 3 gabung ni
ada yang menakutkan jugak.

Selalunya, time bufday ayah aku.
mesti ada apa apa yang berlaku yang kesannya sangat dalam.
serius nih ta tipuuu.
banyak la peristiwa terjadi tapi tak semua teruk la.
cuma satu kejadian yang tinggalkan kesan paling buruk kat kami satu famili.

tujuh tahun lepas.
Adikku eksiden pada hari bufday ayah.
dua bulan lepas tuh,
dia meninggal dunia.
walaupun dah lama kejadiaan tu berlalu,
kami satu famili macam fobia bila nak tiba bufday ayah.
*sebak*
meremang bulu roma ok.
sudahh!!!
apa cerita menda menda sedey time macam nih??!!!
isshhh!!

ok. berbalik kepada cerita bufday semalam.
kami adek badek memang ta beli adiah apa apa untuk ayah.
Sebab setiap kali tanya -"ayah ayah~~"
"ayah nanak adiah pa untuk bufday??"
dan ayahku pasti akan bagik senarai barang yang gila gila punya mahai !!!
ehem. contoh seperti :
mercedes mata belalang, tv plasma 24 inci, holiday ke dubai

ok cukuup!!
memang ta akan mampu,
jadi kami semua beli kek ja la yang harga 20hengget plus plus.
heee..
dan setiap kali bufday, ayah aku akan beli adiah untuk diri sendirik.
ngehehe. (tak gune punya anak anak)
tapi aku punya pendapat,
daripada beli menda menda ayah tak suka, bek tak payah beli teruihh.
Bijak dak pendapat aku?? heee.

Tahun lepas, ayah aku beli adiah bufday
cermin mata itam Sarengeti.
then kena curi dengan pencuri yang pecah cermin keta pukul 3 pagi.
ok. mungkin kebetulan kut.
tadak kena mengena dengan tarikh bufday. kan kan~~
*teketag ketag ketag*

So semalam, ayah aku beli ORKID untuk bufdaynya.
cantek la jugak orkid tu, kaler putih and kuning oren.
ehehe.
masih segar segak bergaya orkid tuh.
harap akan hidup selama lamanyaa..

Happy Bufday Ayah.
I lurve you sooo muchochos.