Friday, October 31, 2008

kerinduan~~

Blog ku kini berwajah baru..
saja nak menukar selera setelah sekian lama menyepikan diri..
maaf ya lama tak post apa apa dalam blog ni.. saya tengah stuggle nak habiskan final year exam. huh sekejap je dah final year..

apa apa pun..I really miss all my friends.

Ayatto-chan :: tetiap ari teringat nak call dia tapi tak sempat
Syaziz :: apa dia tengah buat sekarang?? ok ker exam dia??
Tika Padelto :: nak promote cerita SIVAJI kat dia..aku gelak gulin gulin!!
Tiko Ahmad :: lama bangat tak dengar suara dia yang merdu itu
Maya Hamtaro-chan :: kalau dia blaja subjek P.A, nak sangat sangat bincang dengan dia..
Syerahto :: ari tu dia majok ngan aku sebab aku lama tak call dia..huu
Fitri :: kemanakah dikau menghilang?? last skali sembang waktu puasa.. huu lupa dah suara dia lagu mana hakhak
Bapakku :: dengar kata nak fly balik 16ribulan..yeay!!

Kenkawan yang lain..yang namanya tidak disebut..aku rinduuu jugak jugak kat ampa semua.. Rinduuuuuuuuuuuuuuu!!!!!

Monday, October 6, 2008

Cik sumaiyah

HAPPY 18th BIRTHDAY

kepada CIK SUMAIYAH



Beliau lahir pada 6 Oktober 1990. Saya ingin mengucapkan selamat kepada beliau. Semoga murah rezeki, panjang umor dan sentiasa diberkati Allah S.W.T

Semoga beliau lebeh ceria dan happy menyambut ulang tahun kelahiran beliau yang ke-18

MyHotComments.com

Saturday, October 4, 2008

Preview


Semalam aku menonton sebuah cerita yang sungguh indah..penuh dramatis.. sungguh bercirikan keislaman. Inilah tajuknya -Ayat-ayat Cinta. Sebuah filem Indonesia berlatarkan Mesir yang penuh mesej mesej tersirat tentang keislaman, tanggungjawap, keadilan, kesabaran..dan yang paling penting adalah kebesaran kuasa Allah..

Serius cakap aku tak bopa minat cerita cintan cintun ni..terutamanya kisah cinta indon and melayu.. tapi cerita ni lain dari yang lain..kalaulah aku boleh bagik markah..aku akan bagik A+++

KISAHnya...
Fahri adalah pemuda Indonesia yg amek Master kat Mesir.. Dia selalu minta bantuan jiran dia yg bernama Maria. Maria ni kristian tapi sangat mengagumi Al Quran dan menganggap org Islam kolot. Tetapi setelah mengenali Fahri, Maria kagum dengan sifat keislaman dan kesopanan Fahri. Dalam diam dia jatuh cinta.
Kemudian muncul pulak satu perempuan arab ber-purdah. Nama dia Aisha. Satu kejadian di dalam bas yg membuatkan Aisha hampir hampir kena sepak dgn sorang tok arab nih sebab tegakkan ciri keislaman. Fahri yang gentleman tu berjaga menyelamatkan Aisha dengan menegakkan tentang undang undang Islam yg sebenar. Lirikan mata Aisha yang cantek menawan telah membuatkan Fahri terpikat. Aisha pon turut jatuh cinta..

bla..bla..bla.. sah sah tadak sapa tingin nak baca ruangan nih.. tapi apapon aku nanak tulih jugak.. sukati la ampa nak baca ka dak!!

ok sambong cita... part yang paling best skali bila tunjuk kesabaran seorang isteri bila Aisha sanggup suruh suami dia kahwin dengan Maria sebab nak selamatkan Maria yang dah gelong sebab frus menonggeng.. lepaih tuh part yang paling sedey bila Fahri difitnah!!! sian gila kat dia dok dlm penjara. Aisha buat segala menda berkorban utk suami dia.

Macam macam lagi la..kalau nak tau..pi tengak sendiri.. memang best gila cerita nih.. aku dah tengak 2 kali!!! adek aku dah tengak 5 kali !!! aku sampai nangih nangih bila time terharu.. huu kalah cita indostan!!

pi lekaihh menontonnya!! jamin tak rugi...

kepada sesiapa yang berminat nak tengak trailer berlatarkan lagu Ayat Ayat Cinta nyanyian Rossa...sila luangkan masa menonton di bawah.. Kesungguhan anda dihargai =D